Ingat entry aku yang ni..


Kami tersasar perjalanan sehingga ke Air Terjun Berarus Deras Sg Sedim.
Salah satu tempat perkelahan dan perkhemahan yg agak terkenal di Kulim.  Selalu jugak company2 buat teambuilding di sini.
Tempat menarik .....sesuai bagi yg suka berada dekat dengan alam sekitar.
Yang tak bestnya, tak dirancang....kami tak bawa apapun memang lenggang kangkung sungguh anak beranak.  Kesian kat anak2 bila dah sampai masing2 teringin nak terjun mandi tp tak kesampaian. DZ ajer yg diberi peluang berendam sekejap dlm air sejuk tu...huuhuhu...menggigil2 dia...

Sebagai ganti kami meneroka alam melalui titian gantung Tree Top Walk yg memang terkenal di sini. 

Air terjun Sungai Sedim ini adalah kawasan eko pelancongan yg terletak di Hutan Simpan Gunung Inas di Kulim, Kedah Darul Aman.  Terletak berhampiran dengan Bukit Hijau.

Untuk masuk ke kawasan perkhemahan/aktiviti korang kenala bayar tiket parking yg bernilai RM3 /entry. Diselengarakan oleh Desa Teruna Ent. 




Airnya yg sejuk dan nyaman sekali. Masa aku sampai tu memang takde org yg datang berkelah lagi sbb mungkin masih awal pagi.
Tapi kena hati2 terutama yg bawa kanak2...arus air kat sini memang amat deras. So kalau bawak budak2 kecik korang main tepi2 pun dah memadai.
Budak2 ni celup2 kaki jer ler ...lain kali kita datang mandi yer anak2 sekelian...huhuu


Ada jambatan kat situ....boleh skodeng orang kat bawah hehhe


Ni aku ambik dpd atas jambatan tadi. Area ni atas sikit dpd tempat yg org selalu camping. Kalau rajin dan larat korang boleh panjat lagi. Tapi kenderaan rasa aku boleh sampat takat ni ajer.


Ada jugak chalet2 ni tp aku rasa tak fuction. Takde penjagaan. Terbiar ajer...
Tp kalau korang nak menginap...boleh ajer tempah homestay yg ada di luar dpd kawasan ni. Ada byk jugak sbb area ni selalu org buat aktiviti teambuilding. Masa aku sampai tu pun ada satu team dpd KL buat teambuilding kat situ.


Oleh sebb tak boleh main air lama2...kami ronda kat sini. Area dekat2 tu jugak. Ingat kan nak tengok2 jer rupa2nya En Hubby ajak naik Tree Top Walk ni.


Ni ditunjukkan proses pembinaan TTW ni kalau korang nak tau camna depa buat...
TTW ini merupakan titian gantung yg berada di ketinggian melebihi 26 meter dpd bawah dan sepanjang 1.5km.


Masuk tak free yer:

Dewasa RM10
Kanak2 : RM6

Dibuka drp 830am - 530pm kecuali cuaca tak elok.


Max pax yg boleh ada di atas titian ni pada satu2 masa.


Ni la rupanya laluan TTW ni.
Kalau dah ramai2 rasa jugak bergoncang.
Mula2 ok..bila dah makin tinggi aku jadi gayat...takkan nak patah balik so layan jer...
Jalan pandang depan jgn pandang bawah huhuuhuu..
Sepanjang jalan memang byk jugak la spesis pokok yg korang boleh kenal.
Makin tinggi makin gayat....huhuuhuhu...akak jalan ajer.....tangan pegang kiri dan kanan pemegang tu...




Depa ni bukan main seronok lagi...
Kepenatan berganda bila kena dukong budak kecik tu...12 kg tuhhh...bergilir2 dengan En Hubby.


Belek2 kamera ada gambar ni pulak....ni kalau ko tengok ke bawah...memang ngeri ooo bagi org yg gayat.

Tapi aku dah berjaya mengatasi FEAR aku...cehhh...mcm fear factor pulak hehhe
Berjaya jugak aku habiskan 1.5km kat atas tu...yer la kena abiskan jugak la kalau tak sapa pulak yg nak tolong dokong aku hehehhe...

Elok nak tiba kat penghujung jalan hujan turun dengan lebat....sib baik dah abis kalau tak memang berjalan dlm hujan....

So pada sapa2 yg suka menikmati alam sekitar....dan aktiviti mencabar sikit...boleh la datang kat sini...

Entry ni tak ditaja tau...sekadar berkongsi info....



0 Comments