Kuih gelang a.k.a kuih keria......jom ari ni kita buat kuih gelang.  Alamak susunan gambar ni dah tersilap sikit.


Sepatutnya gambar ni selepas korang goreng semua kuih2 tu. Tak per korang sure boleh bayangkan kan?...Ni edisi buat gula utk disira  kat kuih tu nanti.  Bergantung pada byk mana kuih yg korang buat. Letak kuali, masukkan air agak2 - yg ni aku buat dlm 30 bijik kuih aku guna dlm 3/4 -1 cawan air, masukkan 5-6 sudu besar gula pasir. Panaskan bagi gula tu cair. Yang ni boleh buat lepas semua kuih tu korang goreng. Masak air gula ni sampai likat....yakni bila korang angkat tinggi air gula tu dia nampak pekat la...

Sepatutnya aku tunjuk masa proses uli, gaul, bulat2 bentuk roda dan lubangkan tengah macam donut..tp terlupa nak ambik gambar daa...teringat masa kuih2 ni dah masuk kuali.  Takpe proses awal tu senang ajer....ubi keledek korang rebus dulu. Aku suka guna ubi keledek yg isi dia macam oren2 sikit..rasanya lebih manis....lepas ubi2 empuk korang toskan dan lenyek la bagi lumat. Pastu campurkan dengan tepung gandum. Uli sampai boleh buat bulat2 nanti. Pastu korang bentuk2kan la jadi cam donut tu. Dah sudah, korang goreng la mcam dlm gambar tu.


Ni kuih2 yg dah digoreng menunggu utk proses seterusnya. Lepas tu korang masukkan kuih2 ni dlm kuali yg berisi gula tadi.  Untuk memastikan gula cepat mengeras, lepas korang masukkan kuih2 ni dlm kuali terus matikan api dapur tu...pastu korang gaul2 jer kuih2 ni dengan gula tadi sampai gula2 tu mengeras.

Ni la hasilnya.  Kat rumah aku kalau buat dlm 30 bijik ni kejap jer abis.....anak2 aku cukup suker makan depa panggil donut....hehehe. Tapi tak boleh buat selalu....gula..manis....:)

0 Comments