Tuesday, May 14, 2013

Emosi

Sana sini baca pasal sambutan Hari Ibu ......
Pada aku hari2 adalah hari ibu & any days pun boleh celebrate kalau rasa nak celebrate sebagai menghargai ibu.
Aku bukan nak cerita pasal hari ibu. Aku just nak share emosi aku sebagai seorang ibu selepas membaca kisah ni cerita erina. Terjumpa kisah ni masa aku bw tengahari tadi. Sedih rasanya....bergenang dah air mata.
Moga mereka ini tabah menghadapi dugaan ini. Ingat Allah lebih menyayangi.....
Sebagai ibu memang bila anak2 demam sikit pun kita dah risau.  Sabtu baru ni memang aku bergelut dengan adik dzakwan yg demam, hubby yg demam, urusan anak2 lain juga yg perlu diberi perhatian....memang aku flat sungguh weekend baru ni...redhaa.........uruskan rumah dgn dzakwan di dukungan, memandu kereta dgn dzakwan di pangkuan......alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan......alhamdulillah mereka2 kesayangan ku ini semakin sihat.....
Walau apapun dugaan mendatang hati mana2 ibu pun akan kuat utk menghadapi.....ingat Allah...ingat ganjaranNya........


Friday, May 10, 2013

Dah lama tak update

Dah lama kan aku tak update. Kalau korang masuk blog ni asyik tengok gambar rama2 tu jer la ..kesian kat korang.....
Life aku macam biasa....sentiasa berkejaran dengan masa nak selesaikan satu persatu daripada hal rumah, anak-anak dan pejabat.  Bila end of the day aku memang dah flat......tak larat dah nak tengok blog ni.....maka kesunyian la tanpa update2 baru.
Hari ni ada masa lak yer?...hehe...mencari masa....5 min cukup tak utk satu entry?...
Sekarang ni dah bulan May ...sekejap jer kan...tau2 nanti dah hujung tahun.
Macamana dengan PRU13?....sekarang ni tengah hangat cerita lepas PRU pulak yer?..
Aku tak berminat nak cerita bab politik kat blog ni.....kang kena scan pulak..

Anak2 aku sekarang ni sibuk dengan exam mid term....irfan dah start exam minggu ni, afiah dan amira 2 sebelum cuti sek nanti.  Harap2 semua bersedia walaupun aku sekarang ni dah amat jarang nak belek2 buku latihan dengan budak2 ni....tp aku tau diaorg buat latihan yg aku suruh cuma aku jer yg tak sempat nak menyemaknya....yg penting anak2..korang kena yakin dengan kemampuan korang....

Adik dzakwan?..hmmm..budak ni semakin lasak sekarang ni. Macam2 benda dah pandai buat. Memang yang ni lain sikit pe'el dia berbanding dengan yg 3 lagi tu. Perkataan pun dah beberapa patah baru yg dia dah pandai sebut...alhamdulillah.


Ni dia...amacam ensem tak saya...hehe

Hujung bulan ni dah start cuti sekolah.....memang aku tunggu ...nak rehat .....dah ada beberapa plan utk menghabiskan masa dengan keluarga . Moga dipermudahkan ....tiba masanya aku update nanti..

Projek sekarang - 5s rumah sendiri...banyak betul barang2 yg perlu dibuang...LETS ORGANISE!!


Wednesday, April 24, 2013

Kitaran hidup sang rama-rama

Korang tau tak kitaran hidup rama2?.....
Cuti sekolah lepas, kami sempat membuat lawatan lagi ke Penang Butterfly Farm terletak di Teluk Bahang Pulau Pinang.  Aku bawa sekali kakak aku dan keluarga dia yg dtg daripada Melaka.  Ni kali kedua budak2 ni ke sini. Ada perubahan dpd segi susun atur dan jumlah rama2 yg ada kat situ.

Suka si dzakwan dok mengejar rama2 yg berterbangan kat situ. Mak dia pun penat jugak mengejar dia daripada menangkap sang rama2.  Maunye tak.....tukang jaga kat situ dok perati jer dzakwan punyer tangan...hehe.....sib baik tak dipicitnya si rama2...

Jom aku share life cycle rama2 ni....



mula2 daripada telurnya....bila ko tengok kat pokok tu banyak2 meremang pulak bulu roma aku....geli!!!!
Tu nampak adik dzakwan tengah sibuk mengejar rama2.... 


Lepas tu jadi ulat.....ni pun satu lagi spesis menggelikan aku.....bila tengok banyak2 bergerak2 aduhai.....geli geleman.....tp aku layan jugak 



Seterusnya jadi kepompong. Kepompong ni gold color tau..bila ko tengok dia tergantung berderet2 macam tu cantik jer...kalau la emas betul ...huiyooooo..makcik kayo....(hehe..macam la aku punyer...)


Ni spesis yg keluar dpd kepomping tu.  Kat sini kali ni ada byk spesis ni.....serius cantik!!!!


Cantik kan????.

So kalau korang berjalan2 ke Pulau Pinang...jangan lupa meluangkan masa melawat Taman Rama2 ni...

Waktu Lawatan:

Isnin - Ahad termasuk cuti umum 9am - 6pm (buka tiap2 hari tau)...

Harga Tiket:

Pemegang mykad : RM18.00
Pemegang mykid : RM10.00

Dia ada jugak harga family...tp aku dah tak ingat....cari tiket dia pun tak jumpa..hehe



Tuesday, April 23, 2013

Teringin ke?


Siapa teringin nak makan burger?....

Saturday, April 20, 2013

Cukup agak2nya utk sebulan?

Stok susu Dzakwan.  Plan awal nak beli 1 kotak jer ada 3 pack berasingan bersamaan dgn 1.8kg....tapi bila sampai kedai ada promosi beli 4 kotak (12 pack) dan free 2 pack bersamaan free 1.2kg...dgn penjimatan RM60++......


Jenama ni memang kami guna since Irfan lagi.....kira empat2 org guna jenama yg sama. Alhamdulillah nampak mereka semua serasi.....
Kotak tu aku kumpul dan return balik pada kedai tempat kami beli...dpt la rebate utk pembelian seterusnya.....hehe

Friday, April 19, 2013

Sebenarnya Aku Isteri Dia.......

Malam ni ada siri `Sebenarnya Aku Isteri Dia....' kat TV3 kan...
Aku tak la bercadang nak jadi pengikut siri2 drama ni since aku dah khatamkan novel ni minggu lepas.
Tak sangka pulak novel ni memang ada dlm simpanan aku .....tu pun anak aku yg bagitau ...ibu ada la novel ni.....maka bergilir2 la aku ngan anak dara ni menghabiskan bacaan.
Cerita dia ok la....since aku ada tertengok episod drama ni jumaat lepas...maka nya bila aku baca novel ni secara tak langsung aku menggambarkan si Tiz tu dengan lenggok bercakapnya sebagai Syafa Aqira.....
....penulis novel ni Zura Asyfar .


Harap2 aku tak jadi pengikut setia  slot ni tiap2 minggu....haha....

Thursday, April 18, 2013

Macam macam gaya

Dah lama tak udpate pasal budak kecik ni....dah menginjak ke usia setahun 7 bulan hujung bulan nanti. Dah makin lasak dan banyak akalnya.  Semua benda dia nak buat sendiri.....kalau tengok org bersiap dia sibuk cari kunci kereta dan kunci rumah....


Pertama kali bertutti fruity a few month ago...bukan main suka lagi dia sambil buat macam2 mimik muka bila menelan benda tu..

Bila tengok abang kakak depan laptop.....adik pun nak jugak.....


fesyen rambut terkini.....ni masa tengah sibuk dgn ayah dlm kereta tunggu kakak balik tuisyen pastu nak zass ambik ibu kat airport.........

Sayang kamu..........